
Bagaimanapun, siasatan suruhanjaya itu ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar masih berjalan.
“SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut,” katanya.
Dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati tiada keterangan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku membabitkan Tajuddin.
Pada 27 Mei tahun lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa ketika mengetuai Prasarana.
Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas memberi keterangan.
Feb tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Xavier disiasat susulan penangkapan pembantu dan rakan baiknya, MA Tinagaran, seminggu sebelum itu. Ahli Parlimen Kuala Langat itu keluar PKR dan mengumumkan sokongannya terhadap kerajaan pada 13 Mac tahun lalu.