‘Apa maksud saya senyap? Najib merepek’, Muhyiddin bidas dibanding dengan ‘bossku’

‘Apa maksud saya senyap? Najib merepek’, Muhyiddin bidas dibanding dengan ‘bossku’

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau kerap turun padang untuk kempen PRN Johor.

Muhyiddin Yassin berkata, perbandingan dengan Najib Razak yang dibuat sesetengah pihak ‘tidak tepat’. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan beliau “agak senyap” dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor berbanding Najib Razak dengan berkata, beliau kerap turun padang.

Pada sidang media selepas melancarkan manifesto PN hari ini, Presiden Bersatu itu berkata, rakyat tidak patut membandingkannya dengan bekas Perdana Menteri itu yang kelihatan lebih aktif berkempen.

“Apa maksudnya saya senyap? Najib merepek. Dia penjenayah. Macam mana boleh percayakan dia? Saya bercakap atas fakta.

“Saya tak senyap. Saya turun padang, cuma kamu (media) tak laporkan apa saya cakap,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kempen PN bukan tentang dirinya sahaja, malah jentera pilihan raya gabungan, pengurus kempen dan calon turun padang setiap hari.

Beliau membidas perbandingan dengan Najib yang dibuat sesetengah pihak dengan berkata, ia “tidak tepat”.

Apabila ditanya sama ada PN telah mengenal pasti calon Menteri Besarnya, Muhyiddin berkata, ia akan diumumkan “pada masa yang sesuai”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.