
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikenali sebagai Kahar itu, dikatakan hanya ditemui selepas lebih dua jam dalam kenderaannya, yang terperangkap di dasar sungai terbabit.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 2.17 petang.
“Sebaik ditemui di dasar sungai, pasukan bomba bersama agensi lain terus berusaha mengeluarkan kenderaan mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat serta jentera jengkaut.
“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan pada jam 4.40 petang kira-kira 35m dari lokasi kenderaan dikatakan terjatuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.