
KKM turut melaporkan 30,644 kes Covid-19 dan termasuk 30,387 penularan tempatan dan 257 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, 14 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,591.
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Sabah (lapan), Perak (enam), Kedah, Melaka, Selangor (masing-masing lima), Pahang dan Terengganu (masing-masing tiga), Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 294,430 kes aktif dilaporkan, termasuk 332 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 196 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 22,678 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 3,367,871.