
Beliau berkata, kegagalan mendapatkan dos penggalak akan menyebabkan status di aplikasi MySejahtera mereka bertukar kepada “tidak lengkap vaksin” pada 1 April.
Khairy sebelum ini berkata, warga emas dan penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac boleh mendapatkan dos penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin kedua mereka.
Beliau sebelum ini berkata bahawa sijil vaksinasi digital individu ini akan bertukar status daripada kuning kepada putih, bermakna mereka tidak divaksin sepenuhnya sambil menambah bahawa sekatan akan dikenakan di pintu masuk tertentu.
Sementara itu, Khairy turut mengumumkan pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula esok.
Katanya, ini bagi meringankan beban hospital awam lain dan mengurangkan faktor risiko pesakit Covid-19 daripada menyebarkan jangkitan kepada pesakit bukan Covid-19.
“Kami telah memutuskan untuk membuka semula MAEPS dengan 100 katil terlebih dahulu dan bersedia untuk 850 katil jika perlu. MAEPS mempunyai kira-kira 10,000 katil di puncak gelombang varian Delta.
“Ini akan memastikan lagi kapasiti di hospital dijaga di Lembah Klang dan juga rawatan bukan berkaitan Covid-19 dapat diteruskan tanpa gangguan,” katanya.