
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.12 petang dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, seorang lelaki berusia 29 tahun didapati sudah terjun ke dalam tangki air selepas dikejar polis.
“Menurut laporan awal, lelaki itu mengamuk di rumah keluarganya, sebelum kakaknya menghubungi polis untuk meminta bantuan.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit lari dalam keadaan bogel dan terjun ke dalam tangki air dan polis terpaksa menghubungi bomba untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Norazam berkata, pasukan penyelamat mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan lelaki itu daripada tangki air berkenaan, sebelum diserahkan kepada polis dan pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.