
Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang menunggu laporan “siasatan lain”, katanya tanpa memberikan penjelasan lanjut.
“Buat masa ini, Jabatan Kesihatan negeri sedang bekerjasama rapat dengan doktor dan pasukan forensik dalam siasatan itu,” katanya kepada FMT.
Hisham berkata, beliau belum menerima laporan forensik dan patologi penuh sehingga kini.
“Saya mengejar laporan itu hari ini.”
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada keluarga remaja berusia 13 tahun itu.
Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas ciapan Khairy yang mengarahkan beliau mengeluarkan kenyataan secepat mungkin berhubung laporan kematian remaja itu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menggesa KKM memberi penjelasan berhubung gesaan ibu bapa mendiang Revnesh Kumar Naresh Kumar untuk menyegerakan siasatan ke atas kematian anak mereka.
Katanya, tindakan KKM berdiam diri terhadap isu itu boleh menimbulkan perspektif negatif yang menghalang ibu bapa membenarkan anak mereka divaksin.
Santiago berkata, hasil bedah siasat perlu diumumkan memandangkan remaja lelaki itu meninggal dunia 18 hari selepas menerima dos pertama vaksin pada 30 Dis lalu.
Menurut laporan The Vibes, Revnesh Kumar disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Kajang akibat muntah dan rebah ketika dalam perjalanan ke kelas karate pada 16 Jan lalu.