
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 133 atau 0.5% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5.
Manakala 26,699 (99.50%) dalam Kategori 1 dan 2, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,221,680 kes.
Menerusi kenyataan Hisham berkata, terdapat 1,438 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.
Katanya, 18,459 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,937,655 kes.
Sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,719 kluster dikesan sehingga kini dengan 500 daripadanya aktif.
Hisham berkata, terdapat 68 kes import dan baki 26,764 kes jangkitan tempatan membabitkan 26,054 warganegara serta 710 warga asing.
Seramai 261 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 98 kes daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 163 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Manakala jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 139 dengan 61 orang positif Covid-19 dan selebihnya 78 kes masih dalam siasatan.
Noor Hisham berkata, katil di ICU di dua negeri telah melebihi kapasiti 50% iaitu Johor (70%) dan Kuala Lumpur (65%).
Sementara itu, bagi penggunaan katil biasa untuk kes Covid-19 telah melebihi kapasiti 50% di beberapa negeri iaitu Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), Putrajaya (82%), Sabah (79%) dan Kuala Lumpur (77%).