‘Kamu selalu tekan saya sokong projek kroni’, Najib bidas Dr M

‘Kamu selalu tekan saya sokong projek kroni’, Najib bidas Dr M

Najib Razak mendedahkan Dr Mahathir mengatur langkah berkomplot dengan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkannya pada 2014.

Menurut Najib Razak beliau kerap ‘ditekan’ oleh Dr Mahathir Mohamad untuk menyokong projek kroni Ahli Parlimen Langkawi itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Najib Razak mendedahkan Dr Mahathir Mohamad selalu memberi tekanan kepada beliau untuk menyokong projek-projek kroni Ahli Parlimen Langkawi itu sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata demikian sebagai respon kepada surat kedua Mahathir kepada pengundi Johor yang tidak mahu dirinya kembali berkuasa.

“Mungkin dia pernah tekan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) untuk sokong saya tapi masalahnya ialah selepas saya jadi Perdana Menteri Tun (Mahathir) asyik tekan saya untuk sokong projek-projek kroni kamu juga.

“Bila saya tolak, Tun meroyan pulak dan mula mencorak langkah untuk berkomplot dengan Muhyiddin (Yassin) untuk jatuhkan saya pada tahun 2014 sebelum 1MDB menjadi isu. Anak Tun sendiri yang mengaku ini di mahkamah dan kantoikan kamu serta Muhyiddin,”katanya.

Terdahulu Mahathir mengakui beliau malu untuk “meratib” nama Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara, namun berbuat demikian bagi memastikan Ahli Parlimen Pekan itu tidak kembali berkuasa.

Mahathir turut memaklumkan pada awalnya beliau menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri kerana yakin keupayaannya dan juga terhutang budi kepada Abdul Razak Hussein yang mengangkat karier politiknya.

“Malangnya Najib bukan seperti bapanya, Tun Razak seorang nasionalis pejuang bangsa yang bermaruah. Najib pula mencuri wang negara dengan bantuan Jho Low,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.