28,825 kes Covid-19, 34 kematian

28,825 kes Covid-19, 34 kematian

Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 1,521 pesakit baharu dimasukkan ke hospital semalam.

Sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,704 kluster dikesan sehingga kini dengan 492 daripadanya aktif, menurut Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 28,825 kes Covid-19 dan 34 kematian semalam, termasuk 12 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 95 atau 0.33% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5.

Manakala 28,730 kes (99.67%) dalam Kategori 1 dan 2, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,194,848.

Menerusi kenyataan Hisham berkata, terdapat 1,521 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.

Katanya, 18,514 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,919,196.

Sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,704 kluster dikesan sehingga kini dengan 492 daripadanya aktif.

Hisham berkata, terdapat 91 kes import dan baki 28,734 kes jangkitan tempatan membabitkan 28,071 warganegara serta 663 warga asing.

“Seramai 238 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 97 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 141 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

“Mereka termasuklah 130 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 57 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 73 kes masih dalam siasatan,” katanya.

Setakat semalam sebanyak,7,200 katil Covid-19 tidak kritikal di hospital digunakan oleh pesakit Covid-19 atau 62% daripada jumlah kapasiti, sementara penggunaan katil ICU 238 atau 29% daripada kapasiti katil.

Daripada 1,521 pesakit yang dimasukkan ke hospital semalam, 973 berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 548 berada dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.24.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.