Pejabat kerajaan Sabah beroperasi 50% kapasiti

Pejabat kerajaan Sabah beroperasi 50% kapasiti

Setiausaha kerajaan negeri berkata, sistem penggiliran akan dilaksanakan untuk perkhidmatan penting bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

Safar Untong berkata, langkah itu dilaksanakan akibat lonjakan kes Covid-19 di Sabah. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Setiausaha Kerajaan Sabah, Safar Untong berkata, pejabat kerajaan negeri itu akan beroperasi pada separuh kapasiti susulan lonjakan kes Covid-19 di Sabah.

Beliau dalam memo pada Isnin berkata, separuh daripada penjawat awam akan bekerja dari rumah dan baki separuh lagi bekerja di pejabat berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, sistem penggiliran akan dilaksanakan untuk perkhidmatan penting bagi memastikan tiada gangguan.

Data daripada Kementerian Kesihatan pada Isnin menunjukkan terdapat 36 kluster Covid-19 aktif di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.