
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pakej tersebut menawarkan diskaun 25% bagi pembelian minimum empat tiket dalam satu transaksi (dewasa dan kanak-kanak), untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan dengan menggunakan kod promo KMKTMB2.
“Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama, melalui promosi yang dirangka khas untuk Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyatakan melalui pakej tersebut, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Untuk itu, menurutnya pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melalui laman sesawang KTMB.