22,133 kes Covid-19, 16 kluster baharu

22,133 kes Covid-19, 16 kluster baharu

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini ialah 3,083,683.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 22,133 kes baharu Covid-19, manakala 7,584 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 2,868,538 daripada 3,083,683 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, 194 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 103 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 91 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 120 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 55 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 65 kes masih dalam siasatan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 146 atau 0.66% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5 yang memerlukan rawatan di hospital, manakala 21,987 kes (99.34%) adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Hisham berkata, terdapat 80 kes import dan baki 22,053 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 21,604 warganegara serta 449 warga asing.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 1.38 dengan Labuan mencatatkan kadar R-Naught tertinggi 1.94, diikuti Sarawak (1.56).

Katanya, 16 kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 6,629 kluster dikesan sehingga kini, dengan 444 daripadanya adalah kluster aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.