Khairy lega anak bongsu sudah divaksin

Khairy lega anak bongsu sudah divaksin

Raif, 6, selesai divaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak.

Anak bongsu Khairy Jamaluddin, Raif tenang menerima suntikan vaksin Covid-19 di WTC pada Ahad. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin lega anak bongsunya sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada Ahad.

Beliau berkongsi klip video dirakam dirinya yang menunjukkan Raif, 6, tenang menerima suntikan itu sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

“Alhamdulillah, selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif.

“Rasa lega beliau dapat perlindungan daripada Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids (Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak),” katanya dalam Twitter.

Pada 2 Feb lalu, Khairy mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya untuk vaksin Covid-19.

“Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.

“Anak saya berumur enam tahun akan divaksin dan insya Allah, saya harap yang lain juga akan buat tempahan untuk anak-anak mereka,” katanya pada Majlis Pelancaran PICKids awal bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.