Walaupun kecewa, PKR tidak boikot calon MUDA Puteri Wangsa

Walaupun kecewa, PKR tidak boikot calon MUDA Puteri Wangsa

Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak mengakui ahli PKR kecewa memandangkan Puteri Wangsa sebelum ini antara kerusi sensitif dan diminati ramai dalam kalangan rakan komponen PH.

Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak, parti itu bukanlan baharu ditubuhkan dan amat memahami isu perlu yang diutamakan berbanding merebut kerusi.
PETALING JAYA:
Pemuda PKR mengakui terdapat ahli dan pemimpin parti itu tidak berpuas hati dengan tindakan rakan komponen Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Puteri Wangsa kepada MUDA namun ia tidaklah sehingga memboikot dan mensabotaj calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor kelak.

Menurut Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak, parti itu bukanlan baharu ditubuhkan dan amat memahami isu yang perlu diutamakan berbanding merebut kerusi.

“Kami sangat memahami dan keutamaan kita ialah memenangi PRN kali ini. Kita mahu menumbangkan BN dan PN, jadi, ini bukan masanya hendak sabotaj,” katanya kepada FMT.

Syukri turut mengakui, ahli PKR menzahirkan kekecewaan memandangkan Puteri Wangsa sebelum ini antara kerusi sensitif dan diminati ramai dalam kalangan rakan komponen PH.

“Diakui ada rasa kurang senang dalam kalangan akar umbi PKR berkenaan kerusi diserahkan kepada MUDA termasuk Puteri Wangsa.

“Tetapi, kita masih lagi dalam rangka menghormati kerusi itu telah menjadi milik Amanah. Amanah pula menyerahkan kepada MUDA, jadi, kita rasa agak ganjil dan pelik,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi dalam PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Susulan itu, beberapa pemimpin akar umbi PKR termasuk Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan Amanah menyerahkan Puteri Wangsa.

Daripada enam kerusi yang diberikan kepada MUDA, Puteri Wangsa dilihat sebagai kerusi paling berpotensi untuk dimenangi memandangkan PH – sebelum itu Pakatan Rakyat – adalah penyandang di kawasan itu selama dua penggal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.