
Beliau berkata, ia susulan kurang separuh daripada masyarakat Melayu direkodkan belum mendapatkan dos tambahan vaksin Covid-19.
“Dos penggalak memberi perlindungan yang baik terutama dalam menghadap gelombang Omicron. 80% masyarakat Cina ‘boosted’ (mendapat dos penggalak).
“Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook sebab orang Melayu < 50%,” katanya di Twitter.
Beliau berkata, angka pemberian dos penggalak harian di negara ini mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.
Khairy menambah, Sarawak adalah negeri terbaik dengan kira-kira 76.8% daripada populasi dewasa negeri itu sudah menerima dos penggalak, iaitu meningkat setakat 10 Feb.
Ini diikuti Melaka dan Lembah Klang dengan 71.9% dan 66.9% populasi dewasa masing-masing sudah menerima dos penggalak. Sabah merekodkan jumlah penerima dos penggalak terendah dengan hanya 24.8% populasi dewasa, diikuti Kelantan (25.3%), Perlis (30.9%) dan Terengganu (38.4%).
Setakat ini, hanya 55.9% daripada populasi dewasa seluruh negara menerima suntikan dos penggalak.