
Fahmi didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memuat naik hantaran pada 10 Feb 2021 dengan niat untuk mengganggu orang lain.
Adham adalah Menteri Kesihatan bermula Mac 2020 hingga Ogos 2021. Beliau kini adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Jika sabit kesalahan Fahmi berdepan denda maksimum RM50,000 atau setahun penjara.
Hakim Sabariah Atan membenarkan Fahmi diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes,
Fahmi diwakili peguam Rajsurian Pillai manakala Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mengendalikan pendakwaan.
Awal minggu ini, Fahmi berkata, polis telah memaklumkan bahawa dia akan didakwa mengikut akta terbabit.
“Saya akan lawan di mahkamah. Satira bukan jenayah,” katanya.
Bulan lalu, Bukit Aman turut merakam kenyataannya berhubung poster satira “House Of Balak”.
Fahmi turut didakwa pada 2016 berhubung karikatur badut bekas Perdana Menteri Najib Razak.