3 doktor antara 25 ditahan jual sijil vaksin palsu

3 doktor antara 25 ditahan jual sijil vaksin palsu

Turut ditahan adalah tiga jururawat, tujuh ejen, seorang pekerja klinik dan 11 orang awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kamarudin Mohd Din berkata, polis menyiasat sembilan kes sijil vaksin palsu setakat ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tiga doktor adalah antara 25 individu yang ditahan kerana didakwa terlibat dalam sembilan kes mengeluarkan dan menjual sijil vaksin palsu kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kamarudin Mohd Din berkata, tiga jururawat, tujuh ejen, seorang pekerja klinik dan 11 orang awam turut ditahan.

Katanya, dua doktor dari Selangor dan Terengganu itu ditahan bulan lalu, manakala seorang lagi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Feb lalu.

“Setakat ini, kita telah menyiasat sembilan kes dan hampir selesai semua siasatan kes lain.

“Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya nanti,” katanya pada sidang media hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.