PERHILITAN siasat dakwaan ‘pak belang’ berkeliaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

PERHILITAN siasat dakwaan ‘pak belang’ berkeliaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak telah menghantar Unit Harimau ke lokasi itu untuk tindakan lanjut.

(Gambar Bernama)
IPOH:
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.

Pengarahnya Yusof Shariff berkata pihaknya telah menghantar Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular ini pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.

Pemilik media sosial itu turut mendakwa lokasi terbabit ialah selepas Cafe Banjaran yang terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat serta meminta orang ramai berhati-hati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.