
Laluan yang baru saja dibuka baru-baru ini dinaiki air kira-kira satu kaki pada 6.15 petang hari ini.
Klip video disiarkan seorang pemandu yang melalui jalan itu menunjukkan sebuah kereta tersangkut dalam air selepas mengharungi banjir, manakala sebuah motosikal dilihat membuat lencongan ke laluan salah.

Pekerja majlis dilihat membersihkan dan mengalihkan serpihan daripada bahagian yang terjejas.
Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, air dapat dialirkan keluar dari longkang selepas kerja pembersihan.

Bulan lalu, longgokan sampah dikesan di sepanjang jalan berkembar itu hanya dua minggu selepas ia dibuka, mendorong MBPP merayu kepada pengguna jalan raya supaya berhenti membuang sampah.
Jurucakap majlis itu berkata, petugas pembersihan membersihkan longkang dengan kerap dan memeriksanya selepas hujan lebat.