
Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Mohd Redzuan Mohamad, 35, didakwa keluar rumah pada 2 petang semalam dengan menunggang motosikal.
“Ahli keluarga mangsa mendakwa mereka mula mencarinya apabila mangsa tidak pulang selepas beberapa jam namun hanya menemukan motosikal tersebut di jambatan sekitar 6 petang semalam.
“Mayat mangsa ditemukan terapung hari ini kira-kira 200m dari lokasi motosikal itu dijumpai sebelum dinaikkan oleh pihak bomba pada 6.20 petang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat mangsa yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.