Lebih 95,000 individu dewasa terima dos penggalak semalam

Lebih 95,000 individu dewasa terima dos penggalak semalam

Sebanyak 22,927,434 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi.

Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 63,743,710 dos.
PETALING JAYA:
Sebanyak 95,710 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak yang diberikan kepada populasi itu mencecah angka 12,157,974 atau 51.9%.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,927,434 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,204,846 individu atau 99.1% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,789,988 individu atau 88.6% telah lengkap vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 100,810 dos vaksin diberikan semalam termasuk 2,497 dos pertama dan 2,603 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 63,743,710 dos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.