
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din, berkata tujuh kes penipuan itu menawarkan lesen memandu kepada mangsa tanpa perlu menghadiri sebarang ujian atau kelas memandu, dilaporkan di Pulau Pinang sementara dua kes di Kelantan.
Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada terutama apabila melakukan urusan melalui internet atau laman sosial.
“Orang ramai turut diminta untuk melakukan semakan nombor akaun bank dan nombor telefon di portal semak mule yang boleh diakses melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan pindahan wang ke akaun tidak dikenali.
“Bagi tujuan pembanterasan kes penipuan dalam talian ini, polis juga menyeru orang ramai sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi digunakan penjenayah,” katanya dalam kenyataan.
Kamarudin berkata, masyarakat juga diseru tidak terlibat dengan sebarang cubaan mendapatkan lesen memandu melalui saluran tidak sah berikutan tindakan itu sama sekali tidak bertanggungjawab dan perlu dihentikan.
Menurutnya, sebarang kemusykilan mahupun nasihat berkaitan jenayah komersial bolehlah berhubung dengan pihak polis menerusi talian 03-26101559.