Isu saham babit Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman

Isu saham babit Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman

Lalitha Kunaratnam memberitahu dia dipanggil ke Bukit Aman berhubung dua artikel mengenai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemilikan sahamnya.

Lalitha Kunaratnam berkata, beliau dipanggil berhubung dua artikel bertajuk “Business ties among MACC leadership: How deep does it go?” yang disiarkan tahun lalu.
PETALING JAYA:
Polis memanggil pemberi maklumat, Lalitha Kunaratnam ke Bukit Aman berhubung dua artikel yang ditulisnya mengenai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemilikan saham beliau.

Lalitha memberitahu FMT, dia menerima satu panggilan dari Bukit Aman pagi tadi yang memaklumkannya supaya hadir ke ibu pejabat polis itu jam 2.30 petang pada 4 Feb.

Dia dipanggil berhubung dua artikel bertajuk “Business ties among MACC leadership: How deep does it go?” yang disiarkan tahun lalu.

Pada 14 Dis, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa gagal mengemukakan usulnya di Dewan Rakyat untuk membincangkan dakwaan itu.

Dua minggu kemudian, pakar ekonomi Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai panel ahli panel pemantau SPRM selepas mendakwa ia gagal membincangkan laporan yang membabitkan pegawai tertinggi agensi pencegahan rasuah itu.

Azam kemudiannya menjawab dakwaan itu pada 5 Jan tetapi tidak menafikan mengenai transaksi saham berkenaan. Beliau sebaliknya mendakwa dagangan itu dilakukan oleh adiknya dengan menggunakan akaun dagangan saham miliknya.

Beliau memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Lalitha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.