Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Kejadian disedari kira-kira jam 10.30 pagi selepas orang ramai menemui mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada tiang elektrik selepas mati terkena renjatan elektrik di Tawau, pagi tadi.
TAWAU:
Seorang lelaki ditemui maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya, dekat Taman Eastern, di sini, pagi tadi.

Kejadian disedari kira-kira jam 10.30 pagi selepas orang ramai menemui mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sehingga kini, identiti mangsa berusia 41 tahun itu belum dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.32 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa didapati tersangkut pada tiang elektrik dan pasukan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus menjalankan operasi memutuskan bekalan elektrik.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak menurunkannya sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.