2 ADUN Johor keluar Bersatu tak beri kesan

2 ADUN Johor keluar Bersatu tak beri kesan

Tindakan mereka keluar dari parti selepas pembubaran DUN dilihat bersifat politik dendam dan penakut kerana tahu tidak dicalonkan semula.

Ketua Bahagian Bersatu Labis Ahmad Humaizi Uzir berkata, tindakan yang dilakukan kedua-dua bekas ADUN itu juga adalah sekali gus memalukan diri serta penyokong mereka.
PETALING JAYA:
Tindakan keluar parti oleh dua bekas ADUN dan Exco dari Bersatu Johor tidak sesekali memberikan sebarang kesan terhadap parti keseluruhannya dan tidak menjejaskan pendokong Perikatan Nasional (PN) serta pengundi.

Ketua Bahagian Bersatu Labis Ahmad Humaizi Uzir berkata, tindakan yang dilakukan kedua-dua bekas ADUn itu juga adalah sekali gus memalukan diri serta penyokong mereka.

“Tindakan mereka untuk keluar dari parti selepas pembubaran Dewan Negeri Johor juga dilihat seperti bersifat politik dendam dan penakut, berkemungkinan sudah mengetahui diri tidak dicalonkan atas kegagalan menunjukkan prestasi yang bagus sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Johor.

“Sebagai ahli parti, saya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib penyokong dan pendukung kedua-dua bekas ADUN dan Exco.

Ahmad Humaizi Uzir .

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencabar mereka bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor sekiranya yakin pengundi akan mengundi mereka semula,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Ketua Bersatu Bahagian Tebrau Mazlan Bujang pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri itu berkata, turut sama meletakkan jawatan ialah setiausaha dan 23 ketua cawangan serta ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau.

Hari ini, penyandang DUN Larkin yang juga bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Izhar Ahmad, pula mengumumkan keluar Bersatu berkuatkuasa serta-merta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.