PAS Sarawak senarai pendek calon PRN bukan Muslim

PAS Sarawak senarai pendek calon PRN bukan Muslim

Pesuruhjaya PAS Arifiriazul Paijo berkata keputusan akhir mengenai jumlah dan lokasi kerusi akan ditandingi masih belum dimuktamad.

Arififiriazul Paijo
Pesuruhjaya PAS Sarawak Arifiriazul Paijo berkata parti itu kini mempunyai antara 8,000 hingga 10,000 ahli di seluruh negeri, dengan lebih 1,000 daripadanya ahli bukan Islam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Beberapa ahli PAS bukan Islam disenarai pendek calon berpotensi PRN Sarawak akan datang, menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo.

Beliau berkata, PAS Sarawak sudah menyenaraikan beberapa calon, namun keputusan muktamad belum dibuat kerana parti perlu memperhalusi setiap aspek sebelum pengumuman rasmi.

“Ahli-ahli sayap Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) aktif di kawasan-kawasan seperti Bintulu, Kuching, dan Batang Lupar. Terdapat kemungkinan calon bukan Islam akan diketengahkan, namun keputusan muktamad masih belum dibuat,” menurut Borneo Post memetik kenyataan.

Arifiriazul berkata, PAS Sarawak mempunyai antara 8,000 hingga 10,000 ahli, termasuk lebih 1,000 ahli bukan Islam daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Cina, Iban, dan Bidayuh.

Beliau mengambil maklum PAS sebelum ini bertanding di lima kerusi pada 2011 dan 11 kerusi pada 2016, namun hanya bertanding di kerusi Beting Maro pada 2021. Pada pilihan raya akan datang, PAS Sarawak berkemungkinan besar akan bertanding di lebih daripada satu kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.