‘Nama saya ada dalam buku Tommy, Bukit Aman tanya 4 soalan, kata Wan Azizah

‘Nama saya ada dalam buku Tommy, Bukit Aman tanya 4 soalan, kata Wan Azizah

Peguam mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri, William Leong berkata anak guamnya bukan disiasat polis sebaliknya hanya hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau ditanya empat soalan oleh Bukit Aman selepas namanya dikaitkan dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” karya bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Bukit Aman memintanya menjawab empat soalan susulan namanya dikaitkan dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” karya bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Saya perlu jawab soalan berhubung nama saya dalam buku. Ada empat soalan dan saya jawab semua,” katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman.

Peguam mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, William Leong berkata, Wan Azizah tidak disiasat polis sebaliknya hanya hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

“Wan Azizah bukan disiasat tapi (membantu) siasatan tentang Tommy dan soalan tentang kandungan di dalam buku Tommy. Ini saya boleh beritahu buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, yang turut berada di luar Bukit Aman untuk memberikan sokongan kepada ibunya, menggesa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menghentikan “intimidasi” terhadap pemimpin politik.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam buku itu mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Dis lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dipetik berkata, pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan dalam buku berkenaan termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman serta pendakwaan terpilih.

Menerusi tulisannya juga, Tommy mendakwa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Wan Azizah menyandang jawatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.