
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,921,716 atau 97.9% daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,199,172 individu atau 99.1% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,785,992 individu atau 88.5% telah lengkap vaksinasi, manakala 2,866,545 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Statistik harian menunjukkan sejumlah 203,613 dos vaksin diberikan semalam, termasuk 1,660 dos pertama dan 2,702 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 63,100,577 dos.