
Beliau berkata, terdapat 19 keluarga miskin tegar dikesan di Putrajaya yang mendapat gaji kurang daripada RM1,250, iaitu hanya RM750 sebulan dan perlu dibantu.
“Kita telah isytiharkan Februari ini adalah bulan sifar miskin tegar. Kita akan pastikan miskin tegar (di Putrajaya) ditampung semua sekali kosnya.
“Tidak seperti Kuala Lumpur di mana golongan miskin tegar mendapat banyak bantuan, tidak banyak agensi atau organisasi yang melihat kebajikan keluarga sebegitu di Putrajaya,” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Wilayah hari ini.
Shahidan berkata, beliau dan Jalaluddin akan memotong gaji bulanan mereka bagi membantu 19 keluarga berkenaan sehingga pihak berkuasa dapat mencari jalan untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka
Beliau berkata, selain itu kementeriannya juga akan memberikan bantuan beg makanan kepada setiap keluarga miskin di seluruh Wilayah Persekutuan membabitkan kira-kira 16,000 keluarga.
Katanya, kementeriannya sedang melihat langkah untuk membantu golongan miskin tegar mewujudkan perniagaan kecil dengan memberikan modal dan lesen perniagaan untuk memulakan usaha sendiri dan meningkatkan pendapatan mereka.