
Khaled berkata, formula itu sudah dilaksanakan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan hasilnya boleh dilihat selepas itu apabila kerajaan yang terbentuk gagal.
“Bukankah itu pendekatan PRU14, kesannya bila menang dapat kerajaan rojak, kerajaan suku-suku, kerajaan tak berfungsi, kerajaan yang gagal, kerajaan yang ada macam takde (tiada).
“PM (Perdana Menteri) dan MB (Menteri Besar) asyik bertukar,” katanya di Twitter hari ini.
Semalam, PH dalam kenyataan bersama menyatakan hasrat untuk bergabung dengan parti pembangkang lain iaitu Pejuang, MUDA dan Warisan, yang mahu bertanding dalam PRN Johor supaya bersama-sama di bawah satu khemah besar.