162 kes baharu Omicron dikesan sejak Ahad, Selangor tertinggi

162 kes baharu Omicron dikesan sejak Ahad, Selangor tertinggi

Sebanyak 59 kes Omicron dikesan di Selangor dan 39 kes di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Jumlah jangkitan Omicron di Malaysia meningkat kepada 601 kes setakat ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 162 kes baharu Omicron sejak Ahad lalu, dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 59 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia disusuli 39 kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur, Kedah (13), Negeri Sembilan (10), Kelantan (10), Johor (8), Pahang (6), Perak (5), Pulau Pinang (4), Melaka (2), Perlis (2), Sabah (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kes baharu itu adalah jangkitan tempatan atau kes import.

Ini menjadikan keseluruhan kes Omicron di negara ini meningkat kepada 601 kes, manakala varian Delta (6,188 kes), Beta (233 kes) dan Alpha (14 kes).

Varian Delta, Omicron, Beta dan Alpha diklasifikasikan sebagai varian membimbangkan (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia mencatatkan 7,036 kes Covid-19 di Malaysia dengan 20 lagi kes adalah varian berkepentingan (VOI).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.