
Jaminan itu diberikan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang antara lain menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil tindakan sendiri menyalahi undang-undang.
Menurutnya, tidak kiralah peraturan diperuntukkan itu kecil mahupun besar, penting sebagai warganegara untuk menjaga kedudukan dengan tidak melakukan sesuatu menyalahi undang-undang.
“Kalau kes Azam ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telahpun mengeluarkan kenyataan, jadi kita serah kepada suruhanjaya itu dulu.
“Selepas itu kalau ada lagi tindakan selanjutnya, saya sebagai Menteri Dalam Negeri sedia melihat kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan segala undang-undang sedia ada (untuk kendalikan kes).
“Jadi tak payahlah kita nak mendahului orang lain,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Mengulas penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki di beberapa lokasi di sekitar ibu negara pagi tadi, Hamzah berkata, tindakan seperti itu tidak sewajarnya berlaku.