Bunuh anak kekasih, penganggur dihukum mati

Bunuh anak kekasih, penganggur dihukum mati

Hakim Azmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Noraizuwan Hamali dibawa ke Mahkamah Tinggi Kangar kerana dituduh membunuh anak lelaki kekasihnya pada 2018. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki kekasihnya yang berusia enam tahun pada 2018.

Hakim Azmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraizuwan Hamali, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah selain terdapat keraguan dalam pembelaannya.

Noraizuwan didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan di sebuah rumah di Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi dekat sini, antara jam 3.45 petang 18 April 2018 dan 12.10 tengah malam 19 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam Rafidi Mohamad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.