
Tekong terbabit dipercayai membawa PATI warganegara Indonesia dalam perjalanan memasuki negara ini, pada 10.45 malam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Nurul Hizam Zakaria berkata, bot ronda Maritim Malaysia mengesan dua buah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Piai.
Beliau berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, salah sebuah bot tersebut bertindak berpatah arah dengan memecut laju menuju ke perairan Indonesia.
“Bot ronda Maritim Malaysia menuju lokasi dan menemui sebuah bot kayu berwarna biru berserta enam PATI warga Indonesia, iaitu tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 tahun hingga 36 tahun.
“Kesemua PATI telah ditahan di kedudukan 3.7 batu nautika barat daya Tanjung Piai,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Nurul Hizam berkata, hasil matlumat diperolehi mendapati mereka menaiki bot kayu dari Tanjung Balai, Karimun, Indonesia sekitar jam 7.30 malam untuk memasuki perairan negeri Johor.
“Tekong bot kayu yang membawa kesemua PATI itu telah bertindak melarikan diri terlebih dahulu bersama sebuah bot laju lain lalu memecut ke arah perairan Indonesia.