
“Kami menanggalkan pelitup muka seketika atas permintaan jurugambar selepas acara itu,” katanya.
Lim bercakap kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di mana beliau sebelum ini memberi kenyataan berikutan dakwaan pelanggaran SOP pada majlis pelancaran buku yang dihadirinya bersama Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dakwaan itu menyusul selepas tular gambar Lim, Syed Saddiq dan penulis Kee Thuan Chye berada di atas pentas tanpa pelitup muka.
Lim yang ditemani Setiausaha Politiknya Syahredzan Johan berkata, tiada kompaun dikeluarkan dan mereka akan menunggu polis menyelesaikan siasatan.
“Polis akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya kepada FMT sebelum ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sogo pada 11 Jan adalah untuk melancarkan buku biografi Lim, bertajuk “Lim Kit Siang: Malaysian First”, yang ditulis oleh Kee.