
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, PPS itu menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
“Setakat petang ini, cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sebelum ini, Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas banjir berbanding tujuh daerah lain.
Seramai 5,923 orang daripada 1,585 keluarga di lapan daerah direkodkan terjejas ketika kemuncak banjir pada 4 Jan lepas.
Sebanyak 81 PPS dibuka di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing sejak banjir bermula 1 Jan.