
Beliau berkata, harga ujian PCR Covid-19 yang “terlalu tinggi” berbanding Indonesia juga perlu dijadikan lebih berpatutan untuk orang awam.
Katanya, rakyat dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akan mendapat faedah paling banyak. Beliau mencadangkan agar ProtectHealth yang dimiliki kerajaan dan ditugaskan untuk penjagaan B40, menyediakan pelitup muka lebih baik kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan itu.
Jemilah yang juga Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health berkata, kos ujian PCR masih terlalu tinggi di negara ini berbanding negara jiran seperti Indonesia, di mana kerajaan menguatkuasakan penurunan kos sekitar RM80 ke RM90 setiap ujian.
Pelitup muka N95 dan lain-lain yang memiliki standard sama diperakui menapis 95% zarah halus, kira-kira 0.3 mikron diameter. Sekotak (50 keping) pelitup muka lima lapis KN95 dijual dalam talian antara RM15 dan RM65, manakala pelitup muka biasa tiga lapis dijual dengan harga serendah RM5 bagi setiap kotak.
Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye percaya kawalan harga hanya perlu diletakkan pada pelitup muka jika terdapat monopoli ke atas pelitup muka berkualiti tinggi dan bekalan yang tidak mencukupi.
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, kerajaan perlu menghapuskan kerenah birokrasi dan memudahkan pembuatan serta pengimportan pelitup muka sedemikian.
“Kerajaan hanya perlu memastikan tidak ada terlalu banyak halangan pentadbiran untuk mengimportnya ke negara ini. Ia harus melihat cara untuk memudahkan fungsi pasaran, bukannya campur tangan,” katanya.
Beliau berkata, apabila pelitup muka mudah didapati maka harga pasaran akan turun ke paras lebih rendah.
Lee mencadangkan pelitup muka diedarkan ke sekolah kerana pihak pentadbiran sekolah lebih mengetahui murid sekolah mana yang berada dalam kategori B40.
Menurut Bloomberg, harga topeng N95 mencecah paras tertinggi yang “tidak masuk akal” di Amerika Syarikat kerana spekulasi bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mungkin mengubah panduan awamnya yang menasihatkan orang ramai memakai topeng N95 atau KN94 yang lebih berkesan berbanding pelitup muka biasa atau kain.