Kes Covid-19 di Thailand naik berganda

Kes Covid-19 di Thailand naik berganda

Sebanyak 33,030 kes direkodkan antara 11 hingga 17 Mei lalu berbanding 16,000 kes pada minggu sebelumnya.

covid 19
Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri jika mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak atau keletihan. (Gambar EPA Images)
BANGKOK:
Kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Jabatan itu memaklumkan kes direkodkan antara 11 hingga 17 Mei lalu lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.

Bangkok mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,290 kes, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482) dan Samut Prakan (1,442).

Kebanyakan kes membabitkan individu berumur 30 hingga 39 tahun.

Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri jika mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak atau keletihan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.