
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, program berkenaan bagaimanapun hanya terhad kepada barangan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum.
“Sebanyak RM40 juta diperuntukkan dalam Bajet 2022 bagi pelaksanaan program itu,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu.
“Harga bagi tiga barangan ini pastinya akan menjadi lebih mahal, namun harga dijangka dapat distabilkan dengan adanya program ini.”
Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya.
Nanta berkata, program tersebut dilihat mampu mengurangkan kos logistik atau pengangkutan bagi barangan keperluan.
Katanya, harga barangan akan sama seperti harga di bandar apabila sampai kepada rakyat.
“Inisiatif mengurangkan kos logistik seumpama ini dilihat dapat membantu usaha kerajaan menyeragamkan harga barangan di Sabah dan Sarawak,” katanya.