
“Perintah pengasingan ke atas kes positif bagi semua jenis varian adalah tujuh hari bagi kes yang telah lengkap vaksinasi dan tidak bergejala, sementara 10 hari bagi kes yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi atau bergejala.
“Penilaian kesihatan akan dibuat sebelum pelepasan boleh diberikan,” katanya dalam kenyataan.
Khairy berkata, tempoh kuarantin kontak rapat yang sudah menerima dos penggalak hanya lima hari, manakala kontak rapat yang belum lengkap atau tiada vaksinasi adalah tujuh hari.
Katanya, kontak rapat akan diberikan pelepasan kuarantin pada hari sama ujian RTK-Ag dijalankan, sekiranya keputusan negatif dan tidak bergejala.
Khairy berkata, peraturan baharu itu berkuat kuasa esok dan turut diguna pakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin.
Katanya, peraturan baharu itu dibuat berdasarkan data, sains dan pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kes positif Covid-19 serta kontak rapat.
Bagi pengembara yang tiba di Malaysia, peraturan sedia ada masih terpakai.