
Timbalan Ketua Pemudanya, Razak Ridzuan, berkata ini berikutan perkembangan semasa politik tanah air menuntut parti politik segera membuat persediaan menghadapi situasi berbeza dan lebih mencabar berbanding PRU sebelumnya.
“Menyedari hal ini, Pemuda Amanah ingin menyeru seluruh kepemimpinan PH di semua peringkat untuk segera menyelesaikan urusan pembahagian kerusi dan hal berkaitan PRU.
“Ini bagi memastikan persediaan jentera dapat dibuat dan gerak kerja boleh ditumpukan untuk meningkatkan sokongan kepada PH,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Beliau berkata, Pemuda Amanah juga menggesa konvensyen PH diadakan tahun ini sebelum PRU15.
“Ini bagi memberi mesej jelas kepada rakyat bahawa PH bersedia dan serius untuk mengambil alih Putrajaya dengan menawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten.
“Justeru, Pemuda Amanah amat berharap kepimpinan tertinggi semua parti khususnya Majlis Presiden dapat mengambil serius saranan ini bagi memastikan PH menang dalam PRU15 akan datang,” katanya.