Tunjuk isyarat lucah pada polis, lelaki positif dadah ditahan

Tunjuk isyarat lucah pada polis, lelaki positif dadah ditahan

Pemandu itu enggan mengikut arahan anggota bertugas kerana memandu melawan arus dan berkata 'polis bodoh' sambil menunjukkan jari tengah.

Lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Ampang untuk didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Kesesakan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis, ditahan dan turut didapati positif dadah.

Menurut kenyataan di Facebook, anggota kawalan lalu lintas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya meminta lelaki itu berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang kerana memandu melawan arus lalu lintas.

Tetapi, lelaki itu enggan mengikut arahan anggota bertugas dan berkata “polis bodoh” sambil menunjukkan jari tengah.

Pemandu itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Ampang untuk didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan air kencing dan hasil keputusan mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis THC.

“Tangkapan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat IPD Ampang untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.