Ujian kendiri hari pertama, ketiga selepas jadi kontak rapat, kata KKM

Ujian kendiri hari pertama, ketiga selepas jadi kontak rapat, kata KKM

KKM berkata, ujian dua hari itu mencukupi sebagai respons terhadap cadangan seorang pakar virologi supaya kontak rapat menjalani ujian kendiri selama tiga hari berturut-turut.

KKM berkata, keputusan ujian mungkin negatif pada hari pertama kerana tempoh inkubasi berbeza antara satu sama lain. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ujian saringan kendiri selama dua hari sahaja adalah mencukupi jika seseorang menjadi kontak rapat individu dijangkiti Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, ujian kendiri itu boleh dijalankan pada hari pertama selepas terdedah kepada individu dijangkiti Covid-19 dan ujian kedua perlu dibuat pada hari ketiga.

“Contohnya, jika seseorang dijangkiti hari ini, keputusan ujian mungkin negatif. Ini kerana tempoh inkubasi berbeza antara satu sama lain.

“Dalam kes membabitkan varian Omicron, tempoh inkubasi ialah tiga hari. Jadi jika seseorang diuji negatif pada hari pertama, kami mencadangkan satu lagi ujian dibuat pada hari ketiga atau apabila simptom biasa muncul.

“Tidak perlu ujian kendiri selama tiga hari,” menurut kenyataan KKM kepada FMT.

Kenyataan KKM itu menyusul kenyataan seorang pakar virologi yang mengesyorkan ujian kendiri dilakukan tiga hari berturut-turut selepas pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Dr Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia dilaporkan berkata, cadangan itu untuk mereka yang rutinnya terdedah atau berhubung dengan orang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.