
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian 11 pagi itu, anggota polis bertugas mengiringi 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan menaiki lori polis.
“Setelah selesai ujian saringan, semua OKT dinaikkan semula ke dalam lori polis…tiba-tiba seorang daripada mereka cuba melarikan diri, namun OKT itu ditahan semula dan dimasukkan ke lokap balai Kajang dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk video tular di TikTok menerusi akaun id@goodymy_official selama 38 saat yang memaparkan seorang OKT berbaju dan berseluar warna ungu terlepas semasa urusan menaikkan OKT ke lori polis.
Katanya, lelaki terbabit merupakan OKT yang ditahan bersabit kes samun dan direman hingga esok.
Zaid berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.