Kes ahli perniagaan bunuh pengawal keselamatan pindah ke Mahkamah Tinggi

Kes ahli perniagaan bunuh pengawal keselamatan pindah ke Mahkamah Tinggi

Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff, antara 8 hingga 9.30 pagi pada 29 Dis 2020.

Ahmad Noor Azhar sebelum ini didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap S Thava Sagayam tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu sebagai kes bunuh pada 9 Sept tahun lepas. (Gambar Bernama)
IPOH:
Mahkamah Majistret memerintahkan kes seorang ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Disember 2020 sehingga menyebabkan kematian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri untuk memindahkan kes yang dihadapi Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34, ke Mahkamah Tinggi.

Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff, antara 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Dis 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, dia didakwa di Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Thava tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu yang diserang ketika bertugas di kolam renang di kondominium tersebut sebagai kes bunuh pada 9 Sept tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.