Habitat ‘Pak Belang’ terganggu kesan aktiviti pembalakan, Orang Asli kini berdepan ancaman serangan

Habitat ‘Pak Belang’ terganggu kesan aktiviti pembalakan, Orang Asli kini berdepan ancaman serangan

Kegiatan pembalakan selain pembukaan kawasan pertanian menyumbang kepada kehancuran habitat hidupan liar sehingga menjejaskan kehidupan Orang Asli.

Sekumpulan penduduk mewakili Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan, menyerahkan memorandum kepada wakil Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya, hari ini.
PETALING JAYA:
Aktiviti pembalakan termasuk pembukaan kawasan pertanian secara besar-besaran mengakibatkan ratusan keluarga Orang Asli hidup dalam kebimbangan susulan ketakutan diserang haiwan liar, kata sekumpulan Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan.

Dalam memorandum yang menyelar kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa kerajaan negeri Kelantan, mereka berkata, beberapa penduduk tempatan diserang harimau dan beruang kerana daripada kesan haiwan itu kehilangan habitat, termasuk seekor harimau yang mati di Kampung Sau, pada Disember.

Memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) berkenaan krisis antara hidupan liar-manusia itu dihantar kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya, hari ini.

Pengerusi Jaringan Kampung Pos Simpor Mohd Syafiq Dendi Abdullah memberitahu pemberita bahawa haiwan liar ketika ini sudah memasuki perkampungan Orang Asli sekali gus menjejaskan aktiviti kehidupan harian, selain kemampuan penduduk mencari makanan.

Mohd Syafiq Dendi Abdullah (kanan) dan Nasir Dollah daripada Jaringan Kampung Pos Simpor berada di luar pekarangan Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, penduduk kampung di sekitar Gua Musang juga berdepan ancaman serangan daripada gajah liar.

Shafiq berkata, lebih membimbangkan Orang Asli adalah situasi yang sedang berlaku semakin parah susulan cadangan pembinaan empangan di Sungai Nenggiri yang boleh menyebabkan kerosakan persekitaran lebih meluas.

Beliau turut mengkritik ketidakcekapan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang didakwa menggunakan mercun untuk menghalau harimau.

“(Menghalau harimau seperti itu) tidak akan menyelesaikan masalah.

“Pegawai Perhilitan tidak melakukan perbincangan bersama penduduk kampung sebelum melaksanakan operasi sehingga tindakan mereka bertengtangan dengan adat Orang Asli,” katanya.

Syafiq berkata, pembalakan sudah berlaku sejak sekian lama sejak kerajaan negeri Kelantan ketika ini berkuasa, iaitu 23 tahun lalu.

“Kawasan pembalakan itu adalah tanah Orang Asli. Ketika kemuncak pandemik Covid-19, mereka semakin agresif membalak, langsung tidak menghormati Orang Asli.

“Adakah mereka fikir Orang Asli bodoh? Bukankah kami juga manusia? Mereka datang dan membalak tanpa sedikit pun mempertimbangkan keadaan.

“Ini sangat mengecewakan dan menimbulkan kemarahan kami kerana kerajaan melanggar hak dan mempergunakan kami,” katanya selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

Dalam memorandum itu menyatakan bahawa aduan sudah diajukan kepada Pejabat Perhilitan Gua Musang, dengan dokumen berkenaan juga merujuk kepada kegagalan menangkap tiga ekor harimau yang berkeliaran di sekitar perkampungan di bawah pentadbiran Pos Bihai.

Selain itu, kandungan memorandum itu juga antara lain menyalahkan kerajaan Kelantan berhubung isu hidupan liar susulan meluluskan kegiatan pembalakan, pertanian, perlombongan dan projek mega empangan yang sekali gus menyebabkan berlakunya pembersihan hutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.