Sorok rokok seludup RM80,000 dekat garaj, 2 lelaki ditahan

Sorok rokok seludup RM80,000 dekat garaj, 2 lelaki ditahan

Polis merampas 16 kotak besar mengandungi rokok 807 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM80,000.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 35 sehingga 37 tahun disiasat di bawah Seksyen 116c Akta Kastam 1967.
PETALING JAYA:
Dua lelaki yang didapati menyorokkan 807 karton rokok seludup di garaj sebuah rumah di Kampung Baru, Bayu Damai, Pengerang di Johor ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya merampas 16 kotak besar rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM80,000.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 16 kotak besar mengandungi 807 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM80,000 disorokkan di dalam kawasan garaj rumah tersebut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek berusia lingkungan 35 sehingga 37 tahun, akan dipohon di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 116c Akta Kastam 1967.

Beliau dalam pada itu, turut memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan drastik kepada penyeludup serta mereka yang bersekongkol dengan aktiviti tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 ganda nilai rampasan atau RM100,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.