
PETALING JAYA: Kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri elektrik terbongkar selepas 10 premis disyaki menjalankan aktiviti itu diserbu polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Taiping Osman Mamat.
Beliau berkata, pihaknya bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya merampas sejumlah 480 unit mesin bitcoin, tiga unit monitor, tiga unit CPU, empat papan kekunci tiga tetikus dan 13 modem.
Menurutnya, semua barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM720,000.
“Tiada sebarang tangkapan dibuat dan 10 premis yang digunakan untuk kegiatan perlombongan bitcoin itu tidak menjalankan sebarang perniagaan berlesen.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya kenyataan menurut laporan Harian Metro.