
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, dalam tempoh sama sebanyak 98.9% atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,764,980 individu atau 87.8% daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,467 atau 90.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sejumlah 216,668 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak.